Khamis, 28 November 2013

TIPS MEMILIH WARNA CAT RUMAH

Assalammualaikum semua :)

Hari ini kami kembali untuk berkongsikan tips-tips yang menarik untuk anda :)  Dan hari ini kami ingin memberikan anda tips berkenaan dengan bagaimana untuk memilih warna cat rumah yang sesuai dengan rumah anda.

Untuk mencantikkan rumah anda, anda perlu menggunakan warna yang sesuai dengan konsep rumah anda.  Terdapat pelbagai pilihan warna yang anda boleh pilih untuk menghias dan menceriakan rumah anda :O  Tapi.....anda harus berhati-hati ketika memilih warna.  Ini kerana bila anda tersalah pilih warna memang haru jadinya.

So... apa tips nyer kan?? Jom kita baca sama-sama :D

Warna Neutral

Warna neutral nie contohnya ialah warna putih, warna krim dan warna putih gading.  Kebanyakkan orang memilih warna putih atau krim nie sebab warna nie dapat memberikan effect yang luas untuk rumah anda.  Berbanding dengan warna gelap, warna neutral nie lebih selesa digunakan dan dapat memberikan kedamaian kepada pemilik rumah. 

Tapi.........jika memilih warna neutral nie yang paling penting adalah bagaimana cara kita menjaganya. Bukannya apa kan.  Biasalah bila cat warna cerah nie cepat kotor bila tak dijaga rapi.  Lebih-lebih lagi rumah yang ada anak kecil :O



Warna Hijau

Warna hijau ini mempunyai pelbagai jenis kod warna.  Bermula dari hijau muda sehinggalah warna hijau gelap.  Warna hijau muda yang lembut boleh digabungkan bersama warna kuning lemon untuk menghasilkan warna yang lebih semulajadi.  Tapi anda juga boleh menggabungkan warna hijau terang dan biru laut untuk menghasilkan gabungan warna yang agak kental.  Ini boleh digunakan sekiranya anda gemarkan warna pekat.



Warna Biru

Warna biru nie merupakan satu warna yang mempunyai tenaga didalamnya.  Warna yang mendamaikan. Warna biru sesuai dipadankan dengan pelbagai warna kayu.  Senang citer dia masuklah dengan apa jua jenis warna kayu.  Semakin lembut warna biru yang anda pilih, semakin mudah untuk anda padankan dengan apa jua jenis warna lain.



Warna Ungu

Ada pendapat yang menyatakan bahawa warna ungu ini susah untuk dipadankan dengan warna-warna lain.  Warna yang selalu setia dengan warna ungu nie adalah warna merah jambu.  Tapi satu yang anda tak tahu ialah, warna ungu nie sebenarnya sesuai untuk dipadankan dengan semua jenis warna.  Tak percaya?  Jom lihat gambar dibawah nie :D



Warna Gelap

Warna gelap nie contohnya seperti warna kelabu dan warna coklat.  Warna kelabu merupakan warna pilihan ramai yang digunakan untuk mengecat dinding rumah.  Warna ini dipilih kerana ianya warna yang selamat dan selesa.  Ruang juga akan kelihatan luas sekiranya pandai digayakan.







Jadi, warna apakah yang menjadi pilihan hati anda?  Pilihlah warna yang sesuai dengan gaya rumah anda ataupun gaya yang anda ingin tonjolkan.  Pastikan pilihan warna yang anda pilih sesuai untuk dipadankan dengan barangan didalam rumah anda.  Dengan pemilihan warna yang sesuai, anda mampu menjadikan rumah anda satu kediaman yang selesa untuk anda seisi keluarga.  Selamat mencuba :)




2 ulasan: