Isnin, 25 November 2013

DEKORASI BILIK TIDUR YANG MENARIK

Assalammualaikum semua :)

Hari ini tajuk kita best sikit.  Pasal dekorasi untuk bilik tidur.  Dekorasi untuk ruangan bilik tidur nie pun perlu untuk kita titik beratkan sebab bilik tidur nie kan ruangan persendirian kita untuk rehat dan lelapkan mata.  Kira macam private room laa kan :)  Jadi mestilah kita nak dekorasi yang menarik dari segi warna, langsir, perabut, cadar, hiasan gambar dan aromaterapi.


Jadi macam biasa lah, saya akan kongsikan beberapa idea untuk anda hiaskan bilik tidur anda agar menjadi lebih menarik dan tertarik :)

  • Warna
Pemilihan warna penting untuk menceriakan bilik tidur anda.  Pemilihan warna yang lembut seperti ungu dan merah jambu boleh menimbulkan suasana yang romantis dan mendamaikan.  Tetapi sekiranya anda gemarkan gaya mewah anda boleh menggunakan warna emas dan perak.

Penggunaan kertas dinding juga boleh menceriakan ruangan bilik tidur anda :)




  • Perabut

Perabut yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan bilik tidur anda.  Jika ruang anda kecil, jangan gunakan katil yang besar untuk bilik anda.  Sebaiknya pilih mengikut keluasan bilik.  Sekiranya anda bujang, memadai jika anda memilih katil single.  Ini akan membuatkan ruang anda lebih selesa.  Tetapi apapun terpulang kepada keluasan bilik tidur anda :)

Untuk set perabut bilik tidur seperti almari, meja solek dan meja sisi hendaklah disusun dengan rapi agar ruang anda tidak akan kelihatan berserabut dan sempit.  




  • Cadar
Pemilihan cadar yang baik juga akan membuatkan bilik anda kelihatan kemas dan selesa. Bagi bilik tidur yang tiada penghawa dingin, elakkan menggunakan cadar daripada satin kerana ia akan membuatkan anda rasa kurang selesa ketika tidur.  Pilihlah cadar yang diperbuat daripada fabrik lembut.  Jadi anda akan merasa lebih selesa ketika tidur :)



  • Langsir

Pemilihan langsir haruslah sepadan dengan warna bilik tidur anda.  Elakkan pemilihan langsir yang padat dan sarat dengan corak kerana ia akan membuatkan suasana dalam bilik tidur anda tidak segar.  Minimumkan penggunaan corak pada langsir anda.  Ia akan memberikan keselesaan pada anda.




  • Lampu

Penekanan dalam aspek pemilihan lampu bilik tidur juga penting.  Hiasilah bilik tidur anda dengan penggunaan lampu sisi yang malap.  Elakkan juga penggunaan lampu bilik tidur yang terang kerana ia akan mengganggu konsentrasi anda untuk tidur.  Boleh juga menggunakan lampu yang mempunyai kesan dramatik untuk bilik tidur anda :)





  • Hiasan Gambar

Hiasilah bilik tidur anda dengan pemilihan gambar yang dapat memberikan ketenangan kepada anda dan juga pasangan anda.  Gambar pemandangan dan lukisan abstrak dapat memberikan ketenangan kepada ruang bilik tidur anda.



  • Aromaterapi

Alangkah indahnya sekiranya dapat melelapkan mata sambil ditemani dengan bau-bauan aromaterapi dan wangian yang dapat menenangkan fikiran anda.  Hilang segala rasa kepenatan di tempat kerja.  Justeru itu, pilihlah aromaterapi mengikut cita rasa anda dan pastikan barangan aromaterapi anda seperti lilin yang diguna tidak mendatangkan bahaya untuk anda.




Sekian sahaja tips daripada kami untuk tatapan anda :)  


Seperti biasa sekiranya anda inginkan dekorasi perabut yang terkini dan moden, boleh hubungi kami dengan segera :)

1 ulasan: