Assalammualaikum semua :)
Hari ni saya nak kongsikan tips penggunaan langsir dan bidai untuk kediaman anda...Zaman sekarang nie penggunaan langsir dan bidai tak terhad untuk ruang tamu sahaja tetapi bilik mandi juga boleh diserikan dengan penataan langsir atau bidai yang bersesuaian agar auranya lebih terserlah :)
Namun, pemasangannya harus mengambil kira pelbagai aspek terutamanya dari segi material kerana faktor kelembapan dan cuaca panas yang masuk ke bilik mandi rumah anda.
Jom kita tengok apa tips2 penggunaan langsir dan bidai di bilik mandi :
- Pilihlah langsir ataupun bidai yang tahan dengan sebarang cuaca. Perlu juga pastikan materialnya tidak mudah reput atau rosak apabila terkena air atau kulat. Dan bidai yang paling sesuai digunakan di bilik mandi yang sentiasa basah dan lembap ialah bidai aluminium.
- Jika nak menggunakan bidai bermotifkan ukiran kayu, seeloknya pilihlah bidai kayu tiruan. Ini kerana bidai jenis nie tak sensitif terhadap air, tak mudah diselaputi kulat, mudah dicuci, dan juga ringan.
- Sekiranya ingin menggunakan langsir, pilihlah corak dan motif yang menampilkan sedikit persamaan dengan kemasan dan dekorasi kamar mandi agar keindahannya lebih bersatu. Pemilihan fabrik kalis air adalah tepat kerana tidak memerlukan cucian kering.
- Bagi yang menggemari bidai daripada material buluh atau kayu pastikan pemasangannya dibuat jauh daripada punca air atau percikan air. Jika inginkan bilik mandi anda sentiasa kering, buka tingkap setiap kali selepas selesai gunakannya.
- Jika anda nak gunakan langsir dari kain minyak, gunakan potongan lurus dan ringkas. Elakkan daripada penggunaan perincian ropol atau renda penuh bagi fabrik ini. Pastikan potongan labuh dan penuh sekiranya ingin gunakan fabrik kapas licin.
- Pastikan motif, warna dan coraknya bersesuaian dengan kamar beradu agar gaya dan perwatakan bilik mandi lebih menyerlah. Agar langsir tahan lama, pastikan fabriknya kalis air seperti vinil dan nilon.
- Jika langsir kelihatan kosong, tambahkan aksesori comel seperti bunga dan hiasan kecil. Tapi...jangan terlalu sarat takut nanti tak selesa pulak jika nak mandi.
- Sekiranya nak gunakan fabrik bercorak sebagai pilihan, pastikan ia tak terlalu kontras dengan warna jubin. Contohnya kalau lantai dan dinding berwarna biru, pilihan untuk langsir haruslah berwarna biru juga.
- Namun, jika bilik mandi anda menggunakan warna putih, pastikan corak dan warnanya mampu membangkitkan keindahan ruang. Gunakan fabrik daripada warna terang dan bercorak dramatik agar kombinasinya menarik.
- Dan yang Last sekali, walau cantik macam mana pun bilik mandi anda tu, faktor-faktor keselematan jangan dipandang remeh tau. Pastikan bilik mandi anda sentiasa berada dalam keadaan bersih kerana bilik mandi merupakan punca pembiakan kuman dan bakteria.
Sekian sahaja tips untuk kali ini. Mudah-mudahan tips ini dapat membantu anda untuk menghias bilik air anda dengan lebih berseri lagi :)
xleh copy ke
BalasPadam