Assalammualaikum semua. Hari nie saya nak berkongsi satu tips untuk anda semua. Tips untuk mendekorasikan ruang tamu anda. Setiap orang pasti ada gambaran sendiri tentang macam mana nak decorate ruang tamu anda kan.
Kebanyakkan individu pada hari ini gemarkan konsep moden kontemperori dan english style. Tapi masih juga ada rakyat Malaysia yang gemarkan konsep tradisional. Tapi semua itu terpulang kepada citarasa masing2.
Dan sekarang saya akan kongsikan beberapa perkara asas untuk mendekorasikan ruang tamu anda.
- Keluasan dan Lakaran
Perkara utama ialah anda harus mendapatkan keluasan sebenar ruang tamu anda. Ini penting untuk bentuk, jenis dan jumlah perabot yang anda inginkan. Buat lakaran anggaran perabot dan susunkan dalam keadaan yang anda inginkan.
Dari sini anda akan dapati berapa banyak ruang kosong yang anda ada. Anda juga dapat lihat jumlah perabot tersebut bersesuaian atau tidak bergantung kepada keluasan ruang kosong yang anda inginkan. Jangan lupa letakkan juga anggaran saiz perabot tersebut agar mudah untuk memilihnya nanti.
Sebaiknya pilihlah bentuk dan susunan perabut mengikut citarasa anda sendiri. Barulah anda akan dapat rasa kepuasannya nanti. Tapi... Jangan penuhkan ruang tamu anda dengan terlalu banyak perabut. Supaya ruang anda tidak akan kelihatan sempit.
2. Siling, Lantai dan Keperluan Asas
Bila lakaran asas susunan perabot dilakar, barulah pengubah suaian ruang tamu dapat dilakukan. Perkara pertama adalah siling. Jika anda ingin membuat plaster siling, pilihan rekabentuk siling janganlah terlalu berserabut melainkan ianya mengikut tema anda.
Pastikan kedudukan keperluan asas seperti lampu, kipas atau penghawa dingin ditempat yang sesuai dan ianya mesti selari dengan susunan perabot dan peralatan. Jika ianya salah di peringkat ini...amat sukar untuk anda memperbetulkannya.
3. Warna Dinding
Warna memainkan peranan penting dalam dekorasi ruang tamu. Pastinya pandangan pertama yang terpandang adalah warna dinding. Untuk ruang yang terhad, warna dinding teramat penting. Untuk selamat...warna putih atau warna yang cerah dan lembut amat sesuai dalam memberi suasana ruang tampak luas.
Namun jangan terlalu terkongkong dengan warna tersebut, anda boleh juga mencuba dengan kombinasi warna yang bersesuaian. Padanan warna anda boleh dapatkan dari kedai cat. Jangan takut pula untuk mencuba sesuatu yang lebih kreatif dan berbeza. Banyakkan mencuba kombinasi warna sebelum membuat pilihan.
Pilihan terkini, dinding rumah anda juga boleh ditampal dengan wall paper. Sekarang pelbagai rupa ada, bukan sekadar corak malah gambar juga boleh di buat wall paper. Namun berhati-hati, pemilihan yang salah akan memberi ruang tampak berserabut dan sempit.
Satu perkara biasa yang menjadi kebiasaan ramai adalah mewujudkan satu dinding tumpu yang biasanya berwarna kontras dan berbeza. Ia juga salah satu kaedah memperluaskan ruang kerana memberi impak perspektif dimensi kepada ruang tamu.
4. Pemilihan Perabut dan Peralatan
Dari lakaran tadi anda telah dapati bagaimana ruang tamu anda dipenuhi dengan perabot. Pemilihan perabot yang bersesuaian saiz dan keperluan adalah penting. Anda perlulah rajin pergi menjelajah ke kedai-kedai perabot untuk melihat sendiri bentuk dan saiz kerana jika tersalah pilih ianya amat merugikan.
Warna perabot juga penting....ianya perlulah serasi dengan warna dinding. Kepelbagaian warna dan corak haruslah berpadanan. Tapi jangan pula terlalu terperangkap dengan warna. Untuk sebuah ruang tamu moden...warna-warna garang lebih menjadi pilihan. Suai padan warna sebelum memilih.
5. Perhiasan
Pemilihan langsir juga amat penting untuk mendekorasi ruang tamu rumah anda. Jangan salah memilih warna langsir kerana impaknya akan mencacatkan keseluruhan ruang. Lakukan tambahan perhiasan yang minima seperti pasu, bunga, ukiran dan sebagainya.
Gambar didinding juga mampu menyerlahkan ruang tamu anda. Lampu hiasan di siling juga mampu memberi impak yang besar pada keseluruhan ruang tamu anda. Untuk impak keluasan, anda di sarankan menggunakan cermin yang besar. Pembalikan imej ruang di cermin memberi impak menampakkan seakan ruang yang luas.
Ini adalah beberapa tips yang dapat saya kongsikan kepada anda yang inginkan idea baru dan segar untuk ruang tamu anda. Saya hanya berkongsi beberapa tips sahaja. Apa-apa pun terpulang kepada anda tentang bagaimana anda ingin merias ruang tamu anda.
Saya harap tips ini dapat membantu anda :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan