Isnin, 10 Februari 2014

BUKAN SEKADAR MEJA KOPI

Assalammualaikum semua :)

Hari ini saya ingin menyentuh sedikit tentang penggunaan meja kopi di rumah anda.  Mungkin ada yang ambil remeh tentang kewujudan ataupun keperluan meja kopi di dalam rumah.  Ada juga yang amat menitik beratkan penggunaan meja kopi di rumah mereka.  Ini semua bergantung kepada citarasa masing-masing.



Kebanyakkan perabot dicipta dengan fungsi tersendiri. Apa pula fungsi meja kopi?  Fungsi utama meja kopi adalah untuk kemudahan meletak hidangan.  Selalunya meja kopi ini menjadi tumpuan tetamu kerana minuman biasanya akan dihidangkan di atas meja kopi.  Dan menjadi kebiasaan tuan rumah untuk meletakkan meja kopi ini di tengah-tengah set sofa pada ruang tamu. 

Tetapi...kita perlu ambil kira reka bentuk meja kopi dalam menentukan sama ada meja ini berfungsi dengan baik atau tidak.  Apa yang kita perlu lihat ialah saiz meja berkenaan untuk menentukan kesesuaian bila digandingkan dengan set sofa dan keluasan ruang.


Sofa kulit berbentuk L ini sesuai digandingkan bersama meja kopi bulat.


Selalunya ketinggian meja kopi antara 0.4 meter hingga 0.45 meter dari paras lantai.  Kita perlu pastikan ketinggian meja kopi ini untuk mengelakkan daripada terpilih meja yang terlalu tinggi atau rendah yang boleh menyebabkan reka bentuknya kurang menarik.

Jika rumah anda mempunyai kanak-kanak, elakkan daripada menggunakan meja kopi berbucu tajam. Lebih selamat jika menggunakan meja kopi bulat kerana mudah disesuaikan dengan semua arah dan sudut. Elakkan juga daripada meletak terlalu banyak perhiasan di atas meja kopi hingga boleh mengganggu fungsi asal meja kopi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan