Selasa, 17 Disember 2013

PANDUAN RINGKAS MENGHIAS KEDIAMAN SEMPIT

Assalammualaikum semua :)

Rumah sempit!  Tapi mahukan ruang rumah kelihatan luas.  Tapi bagaimana?  Jangan risau.  Hari ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menghias kediaman yang sempit.  Biasanya kediaman jenis apartmen atau rumah pangsa mempunyai ruang rumah yang agak sempit.



Tapi sekiranya anda tahu cara dan teknik yang betul bagaimana nak menghias rumah yang sempit, pasti hasilnya nanti akan membuatkan anda kagum dan ingin selalu berada dirumah :D

Pilih Kertas Dinding yang Bersesuaian
  • Pemilihan kertas dinding merupakan perkara asas yang perlu anda ambil kira.  Anda tidak perlu memilih kertas dinding yang berbunga-bunga seperti gaya inggeris.  
  • Pilihan warna polos dan senada adalah lebih baik untuk menampakkan ruang rumah anda kelihatan lebih luas.



Pilih Perabot yang Bersesuaian
  • Pilihlah perabot yang dapat memberikan anda fleksibiliti agar anda boleh menggunakan keseluruhan ruang yang ada.
  • Sekiranya boleh, elakkan daripada membeli sofa dengan susunan dua dan tiga.  Tidak salah jika anda membeli sofa berbentuk L untuk menyelamatkan ruang yang sempit.



Merancang dengan Bijak
  • Pastikan anda mengukur terlebih dahulu ruang yang hendak diisi dengan perabot mahupun hiasan. Sekurang-kurangnya apabila anda berada di kedai perabot, anda tahu ukuran dan bentuk perabot yang sesuai dengan tema rumah anda.
  • Merancang dengan bijak ini bukan sahaja dapat mengikut tema rumah anda, tetapi ia juga dapat memenuhi cita rasa anda dari segi warna dan bentuknya.

Bijak Memilih Hiasan
  • Pemilihan televisyen plasma, LED atau LCD dapat menjimatkan ruangan yang sempit.  Anda juga boleh menggantung sekeping bingkai gambar yang bersaiz gergasi bagi menyerlahkan ruang dinding yang polos.
  • Elakkan daripada menggantung terlalu banyak bingkai gambar di ruang yang sempit.  Jika mahu menggunakan bingkai gambar yang banyak, anda perlu tahu kaedah dan susun atur mengikut skema yang betul.



Cermin Menyelamatkan Ruang
  • Penggunaan cermin besar sama ada di ruang tamu atau ruang makan yang sempit dapat membantu memberi ruang keluasan kepada ruang yang sempit.
  • Pantulan cahaya ke sudut gelap menimbulkan ilusi ruang yang lebih besar.  Pastikan juga kedudukan cermin tidak menghala ke arah ruang yang sarat dekorasinya.










3 ulasan:

  1. mekom,kalau bilik tidur sempit bersaiz segi empat tepat nk pilih katil ape untuk 3 orang beradik

    BalasPadam
  2. Salam. warna bilik utk kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan selalunya biru dan pink. Selain 2 warna nie, agak2 warna hijau muda utk boy dan ungu muda utk girl ok x? tima kasih..:)

    JommSihatDanCantik.blogspot

    BalasPadam
  3. salam.saya nak buat hiasan dalaman satu rumah kecil saya dgn kos yg bagus..adakah tuan masih boleh lakukannya.

    BalasPadam