Selasa, 31 Disember 2013

TIPS PEMILIHAN KATIL

Assalammualaikum semua dan Selamat Tahun Baru !!! Welcome 2014 :)

Hari ini kami ingin kongsikan tips pemilihan katil kepada anda diluar sana.  Kenapa nak kena buat pemilihan yang betul untuk katil??  Kebanyakkan orang memilih saiz dan jenis katil yang kurang sesuai untuk bilik tidur mereka kerana mereka hanya pentingkan 'kecantikan luaran' sahaja.  hehe..

Jom baca entri ini selanjutnya :)

Memilih Katil

  • Memilih katil yang selesa dan mementingkan ciri-ciri keselamatan untuk pengguna.
  • Pilihan katil yang sempurna menyokong tubuh anda ketika berehat diwaktu malam.
  • Elakkan memilih rangka katil yang terlalu besar hingga mengganggu ruang pergerakan terutamanya kanak-kanak.
  • Berat dan ketinggian individu yang menggunakan katil juga perlu diambil kira.
  • Wujudkan ruang sisi katil sekurang-kurangnya 75 sentimeter bagi tujuan mengemas dan menukar cadar sementara bagi katil bujang pula jarakkan antara 10 sentimeter.
  • Pertimbangkan juga jangka masa penggunaan bilik tidur anda selain pastikan ukuran tepat katil dan ruang.
  • Pastikan juga katil anda sesuai dengan dekorasi bagi mengelak kesilapan yang mungkin mencacatkan penataan bilik tidur anda.

Reka Letak Katil

  • Pastikan posisi katil di bilik tidur bagi mewujudkan suasana tenang dan nyaman.
  • Posisi dipilih usah mengganggu laluan masuk ke bilik tidur.  Elakkan bersebelahan pintu kerana ia menampakkan keganjilan dan tidak seimbang.
  • Jika anda berdiri di muka pintu, kenal pasti lokasi paling jauh daripada anda.  Lokasi itu sepatutnya membolehkan anda melihat keseluruhan katil.
  • Bagi menampakkan perancangan ruang, rapatkan kepala katil ke dinding.
  • Bagi bilik tidur besar, letakkan kepala katil di tengah-tengah dinding paling luas, seeloknya dinding yang kelihatan dominan jika dipandang dari arah pintu.
  • Elakkan bahagian tepi katil merapati dinding sebelah kiri atau kanan. 

Jenis Katil yang Biasa Digunakan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan